Saturday, May 21, 2011

bersih nya seorang bayi..




bersih nya seorang bayi dari dosa-dosa..didiklah amanah ini dengan didikan agama..semoga anak yang soleh dapat mendoakan ibu-bapa mereka setelah terputusnya roh dari jasad..

Sunday, May 8, 2011

Rindu bertandang lagi..

bahaya nya bila terlalu mengikut perasaan...banyak perkara yang boleh merungkai segala permasalahan..hati ini sentiasa berdoa moga dilindungi dan dipelihara Ilahi..semoga hati ini redha atas segala ketetapan tuhan, Yakinlah apa yang diizinkan Allah mesti ada HIKMATNYA..semoga hari-hari berlalu meninggalkan kenangan-kenangan manis dan mematangkan diri ini untuk menempuh hari-hari seterusnya..Moga insan yang saya sayangi mendapat kebahagiaan yang dicari dan bahagia Dunia Akhirat.. Ameen

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat ibu tersayang Fatimah bt Abu Bakar khususnya dan semua insan yang bergelar ibu amnya..semoga sentiasa diberkati Allah..buat anak-anak, gembirakanlah hati ibu mu selagi hayat dikandung badan..kepada anak-anak lelaki jalankan lah tanggungjawab anda sebagai anak lelaki walaupun anda sudah berumah tangga kerana besar ganjarannya bagi mereka yang mengetahui...

Monday, May 2, 2011

- 30 April 2011-

Hari yang sepatutnya ditunggu2 oleh sy dan teman2..kite semua mem impikan dapat kembali ke alam pembelajaran bersama2 seperti dulu..takdir TUHAN yang lebih mengetahui ape yang terbaik buat Hamba2 nya..buat teman2 sy, walaupun kalian semua x dapat bersama untuk pemilihan kali ini..Yakinlah setiap insan ada rezeki masing-masing..mungkin rezeki ini bukan yang terbaik buat kalian..sy doakan kalian sentiasa sabar dan teruskan usaha untuk memdapat apa yang diimpikan..InsyaAllah - doakan semoga sy dapat melangkah ke peringkat seterusnya walaupun mungkin sy perlu meninggalkan insan-insan yang sy sayang dan kenangan manis tercatat di sini, tp itulah sebuah pergorbanan yang perlu sy lakukan untuk mencapai sebuah impian...Ameen ya Rabb..Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk Hambamu

..kisah singa & tikus..

Kisah  ini mengisahkan seekor tikus dan singa di dalam sebuah Hutan..
Satu hari seekor tikus berjalan-jalan di hutan dan tanpa di sedarinya ada seekor singa yang sedang tidur.Tikus itu telah melalui di atas badan dan muka singa. Singa yang terganggu dari tidurnya berjaya menangkap tikus yang kecil itu dengan tapak tangannya yang besar. singa itu sangat marah kerana tikus telah menganggu tidurnya .tikus itu pun berkata "singa tolong lepaskan aku, aku tidak mengetahui bahawa aku berjalan di atas badan kamu.aku sangkakan rumput-rumput kering , rayu tikus pada singa tersebut"
. tikus pun berkata yang dia akan mengingati dan membalas jasa singa sekiranya singa tersebut melepaskannya.. singa yang mendengar apa yang diperkatakan tikus itu ketawa terbahak-bahak sambil berkata " apa yang boleh engkau tolong aku, kamu hanya haiwan kecil ..sedangkan aku, raja hutan rimba. tikus itu pun sangat berharap singa itu melepaskannya. akhirnya singa melepaskannya..
Satu hari singa telah terperangkap di dalam jerat pemburu, dia telah cuba untuk melepaskan dirinya namun masih tidak berjaya..kebetulan si tikus telah melalui jalan tersebut dan dan ternampak singa yang dalam kesusahan. tikus pun menghampiri singa dan berkata " aku akan cuba membantu kamu, kerana dulu engkau telah melepaskan aku." singa pun berkata " bagaimana mungkin, engkau dapat membantu aku sedangkan aku sendiri tidak dapat menolong diriku.." dengan kemahiran yang ada, tikus telah mengigit jerat tersebut sehingga putus & akhirnya singa dapat keluar dari perangkap tersebut...

Pengajaran yang diperolehi:
  1. Jangan kita memandang rendah pada orang sekeliling
  2. Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing
  3. Kita hendaklah sentiasa berbuat baik, bantu membantu pada orang sekeliling
  4. Sebagai manusia kita perlu ingat kebaikan orang pada kita,pandanglah pada kebaikan seseorang tanpa memandang kepada keburukan.
  5. Ingatlah semua kelebihan yang ada pada diri kita hanya pinjaman semata-mata. Sentiasalah hormat-menghormati antara satu sama lain