Ya Allah andai itu rezeki yang terbaik engkau tetapkan untukku..permudahkanlah dan dekatkanlah aku padanya..walaupun mungkin aku akan berjauhan dengan semua insan-insan yang sangat bermakna dalam hidupku..Engkau lebih mengetahui segalanya..
Dan seandainya dalam pengetahuanMu itu bukan rezeki yang terbaik Engkau tetapkan untukku..jauhkan lah ia untukku..Padamu saja aku berserah ..Engkau saja yang mengetahui apa yang terbaik untuk Hamba-hambamu dan Engkau saja yang mengetahui perkara-perkara yang tersembunyi..Engkau la sebaik-baik tempat aku mengadu dan memohon pertolongan..Ameen ya Rabb.
Tuesday, April 26, 2011
Wednesday, April 20, 2011
Kisah penjual Tempe.. ~
Terdapat seorang nenek tua yang kerje hariannya adalah membuat dan menjual tempe..Nenek ini sangat baik dan bagus amal ibadatnya..satu hari seperti biasa nenek ini bangun pagi dan bersiap2 untuk pergi ke pasar bagi menjual tempe yang dibuatnya..Sebelum pergi ke pasar, nenek itu telah membuka tempe2 buatannya untuk memastikan keadaan tempe nye sama ada sudah masak atau sebaliknya..Rupe2nya tempe tersebut masih belum masak sepenuhnya..nenek tersebut sangat bimbang dan berdoa semoga tempenya akan masak setibanya die di pasar nanti.. Dalam perjalanan ke pasar nenek tersebut tidak putus2 berdoa kepada Allah mengharapkan moga2 tempenya akan masak..Dan setibanya di pasar nenek tersebut sekali lagi membuka bungkusan tempenya..namun tempe tersebut masih tidak masak..nenek tersebut sangat sedih..bagaimana mungkin die akan menjual tempe sedangkan tempe buatan nya belum masak??.. namun nenek tersebut masih terus berdoa..Nenek tersebut melihat kawan2 nya yang telah habis menjual tempe mereka dan mereka mendapat hasil pendapatan mereka..nenek itu berasa sedih, tiba2 ada seorang perempuan datang dan bertanyakan tempe yang belum masak sepenuhnya untuk di jual kepada kawan nenek tersebut..nenek tersebut mendengarnya dan terus berdoa di dalam hatinya semoga tempe nya belum masak.dan dengan perlahan-lahan nenek tersebut membuka bungkusan tempe nya.. dan melihat tempe nya masih belum masak, dia sangat gembira dan memanggil orang tersebut..orang tersebut telah membeli kesemua tempe itu, dan nenek tersebut bertanya kepada si pembeli " kenapa anak membeli tempe yang belum masak,?? anak tersebut mula bercerita bahawa dia mempunyai seorang anak yang sangat suka makan tempe dan menetap di luar negara..ini adalah untuk dikirimkan kepada anaknya, diharap apabila dikirim kepada anak itu tempe tersebut akan masak setibanya disana..perempuan tersebut membeli kesemua tempe nenek itu, nenek sangat bersyukur dan gembira kerana tempe buatannya habis dijual...
Moral of the story..
Moral of the story..
- Kadang-kadang apa yang Allah tentukan itu ada hikmatnya..
- dan kita hendaklah sentiasa berdoa,bersabar dan tidak berputus asa..
Tuesday, April 19, 2011
Tuesday, April 12, 2011
Jodoh
~Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan tertarik paut pada wanita hanya pada kecantikan/ lirikan senyuman, pada bicara manja yang mengoda/ pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita, Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu sedangkan membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu, kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya & lelaki yang benar2 layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu....~ teruskan berdoa dan berusaha
Ujian datang
ALLAH menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian, ALLAH memberi kita kedewasaan bila kita ditimpa masalah, ALLAH melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan, ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikannya dengan sesuatu yang lebih BAIK
Jom kita membaca buku2 ilmiah dan kerohanian
~ Siapa kita Lima (5) tahun akan datang ditentukan oleh buku apa yang kita baca dan dengan siapa yang kita bergaul pada hari ini ~
Kata-kata
Kiriman Peringatan dari seorang Teman buat diriku yang sering lalai..
Dirimu Terhias sebagai sebaik-baik ciptaan,Maka jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah, jihad di jalan Allah.. Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang.. Cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang.. Jadikanlah dirimu gadis Manis yang tidak pernah kalah dengan redup panahan mata Adam.. Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah bertintakan darah& air mata perjuangan, dititip atas warkah penuh kemuliaan & dikirimkan untuk mujahidah menuju Tuhan..
Dirimu Terhias sebagai sebaik-baik ciptaan,Maka jadikanlah dirimu nisa' yang boleh menjadi mujahidah, jihad di jalan Allah.. Jadikanlah dirimu antara fatayat yang dijulang.. Cantik dipandang, tetapi susah untuk dipegang.. Jadikanlah dirimu gadis Manis yang tidak pernah kalah dengan redup panahan mata Adam.. Biar nafsumu hidup dalam tarbiyyah di jalan dakwah bertintakan darah& air mata perjuangan, dititip atas warkah penuh kemuliaan & dikirimkan untuk mujahidah menuju Tuhan..
Subscribe to:
Posts (Atom)
