Terdapat seorang nenek tua yang kerje hariannya adalah membuat dan menjual tempe..Nenek ini sangat baik dan bagus amal ibadatnya..satu hari seperti biasa nenek ini bangun pagi dan bersiap2 untuk pergi ke pasar bagi menjual tempe yang dibuatnya..Sebelum pergi ke pasar, nenek itu telah membuka tempe2 buatannya untuk memastikan keadaan tempe nye sama ada sudah masak atau sebaliknya..Rupe2nya tempe tersebut masih belum masak sepenuhnya..nenek tersebut sangat bimbang dan berdoa semoga tempenya akan masak setibanya die di pasar nanti.. Dalam perjalanan ke pasar nenek tersebut tidak putus2 berdoa kepada Allah mengharapkan moga2 tempenya akan masak..Dan setibanya di pasar nenek tersebut sekali lagi membuka bungkusan tempenya..namun tempe tersebut masih tidak masak..nenek tersebut sangat sedih..bagaimana mungkin die akan menjual tempe sedangkan tempe buatan nya belum masak??.. namun nenek tersebut masih terus berdoa..Nenek tersebut melihat kawan2 nya yang telah habis menjual tempe mereka dan mereka mendapat hasil pendapatan mereka..nenek itu berasa sedih, tiba2 ada seorang perempuan datang dan bertanyakan tempe yang belum masak sepenuhnya untuk di jual kepada kawan nenek tersebut..nenek tersebut mendengarnya dan terus berdoa di dalam hatinya semoga tempe nya belum masak.dan dengan perlahan-lahan nenek tersebut membuka bungkusan tempe nya.. dan melihat tempe nya masih belum masak, dia sangat gembira dan memanggil orang tersebut..orang tersebut telah membeli kesemua tempe itu, dan nenek tersebut bertanya kepada si pembeli " kenapa anak membeli tempe yang belum masak,?? anak tersebut mula bercerita bahawa dia mempunyai seorang anak yang sangat suka makan tempe dan menetap di luar negara..ini adalah untuk dikirimkan kepada anaknya, diharap apabila dikirim kepada anak itu tempe tersebut akan masak setibanya disana..perempuan tersebut membeli kesemua tempe nenek itu, nenek sangat bersyukur dan gembira kerana tempe buatannya habis dijual...
Moral of the story..
- Kadang-kadang apa yang Allah tentukan itu ada hikmatnya..
- dan kita hendaklah sentiasa berdoa,bersabar dan tidak berputus asa..
No comments:
Post a Comment